Selamat Datang

Selamat Datang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Thursday, 30 July 2015

Kurma

Kurma atau nama saintifiknya phonex dactylifera adalah sejenis tumbuhan palma yang berbuah. Buah Kurma boleh di makan dalam keadaan masak dan juga mentah. Kurma merupakan buah yang istimewa dalam Islam dan telah dipercayai Allah SWT menjadikan kurma dalam lebihan tanah ciptaan nabi Adam. Buahnya tidak berbau menyebabkan tiada haiwan yang cuba makan atau merosakkannya. Kurma adalah makanan yang paling ideal untuk tubuh manusia kerana ia adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah SWT) bagi kamu yang memikirkannya."

an-Nahl: 11

Keistimewaan buah kurma adalah dapat memulihkan tenaga. Ini dinyatakan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."

Maryam: 25-26


Buah Kurma

Wednesday, 29 July 2015

Angur


Anggur disebut di dalam Al-Quran sebanyak 11 kali. Antaranya adalah:-

Firman Allah SWT:-

"Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir dibawahnya sungai-sungai? Di dalam kebun itu dia mempunyai segala jenis buah-buahan, kemudian datanglah masa tuanya, dan dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin kecang yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikian Allah nenerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu memikirkannya."

Al-Baqarah (2:266)


"Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pacarkan padanya beberapa mata air."

Yassin (36:34)


"Lalu di sana Kami tumbuhkan biji-bijian. Dan anggur dan sayur-sayuran."

Al-Abasa (80:28)

Tuesday, 28 July 2015

Senarai Nama Flora dalam Al-Quran

Dalam Islam mengambil berat akan pemakanan penganutnya kerana amalan pemakanan yang sihat berkaitan rapat dengan kesihatan, kecerdasan dan keimanan seseorang.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Hai manusia! Makanlah sebahagian daripada makanan yang ada di bumi ini yang halal dan baik."


1. Anggur 


 2. Bawang Merah




3. Bawang Putih





4. Kurma





5. Pohon Pisang





6. Delima





7. Pohon Cemara





8. Halia






9. Kacang Dal





10. Kafur





11. Kasturi






12. Biji Sawi





13. Pohon Khuldi






14. Gandum






15. Labu






16. Zaitun






17. Pohon Bidara






18. Mawar






19. Rumput






20. Timun






21. Zaqqum

Flora Dalam Al-Quran

Flora seringkali di sebut di dalam Al-Quran dengan menggunakan perkataan secara umum seperti: buah-buahan, tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Bagaimanapun, terdapat beberapa keta nama am yang digunakan seperti kurma,zaitun dan sebagainya.

Dalam al-Quran Allah SWT menjelaskan dalam surah Al-An'am ayat 95 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah SWT. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?"

Tumbuh-tumbuhan di dalam al-Quran adalah kekuasaan Allah SWT supaya manusia:

a) Mengenali tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
b) Sentiasa mengingati-Nya.
c) Sentiasa mensyukuri nikmat atas pemberian-Nya.
d) Gambaran perumpamaan atau persamaan dengan manusia.
e) Menjadikan pengajaran.

Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah:Sebagai bahan makanan.
  • Sebagai hasil pendapatan manusia.
  • Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir.
  • Menyejukkan muka bumi dari kehangatan matahari.
  • Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya.
  • Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.
  • Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba.
  • Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyinkirkan gas karbon dioksida daripada atmosfera.



Keindahan Bumi yang diberikan oleh Allah SWT



Pendahuluan

Assalamualaikum WBT.

Bismillahirahmanirrahim...

Bumi yang tersegam indah. Hal ini kerana, alam ini dicipta oleh Allah SWT untuk menetapkan semua makhluk hidup di muka bumi. manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan adalah makhluk hidup dicipta oleh Allah SWT supaya meraka patuh dan tunduk atas suruhan-Nya.

Firman Allah SWT:
"Telah jelas kerosakkan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Al-Rum : 41

Keindahan Alam Yang Dicipta oleh Allah SWT