Selamat Datang

Selamat Datang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Wednesday, 2 September 2015

Pengenalan


DUA 2012 - Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Oleh: 
Mohamad Afifi Bin Abdul Aziz (05DIP14F2998)
Aminuddin Afiq Bin Tamin (05DIP14F2018)

Pensyarah:
Ustazah Fatin Faqeriah Binti Hamsah

Pengenalan:

Flora adalah nama selain daripada tumbuh-tumbuhan. Hal ini kerana, flora membekalkan oksigen untuk kita bernafas dan memerlukan karbon dioksida daripada manusia. Allah SWT mencipta flora untuk manusia supaya mereka mengingati-Nya dan berpegang serta beramal dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 95 bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dan yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah SWT. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?"

Saturday, 1 August 2015

Kesimpulan.


Pemerhatian terhadap kebangkitan tamadun Islam pada masa lalu tidak menafikan pembangunan dalam bidang pendidikan sebagai asas terpenting kekuatan sesuatu tamadun. Hal ini kerana, al-Quran dan Sunnah haruslah dijadikan panduan dalam mendasari pendidikan masyarakat kerana pendidikan dalam Islam mempunyai kaitan dengan aspek jasmani dan rohani serta merupakan suatu bentuk kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Oleh hal yang demikian, pembinaan terhadap kedua-duanya haruslah seimbang supaya dapat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam seperti mana yang telah ditunjukkan pada zaman awal Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad SAW) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur"

Surah an-Nisa: ayat 163


Disediakan oleh:
1) Mohamad Afifi Bin Abdul Aziz (05DIP14F2998)
2) Aminuddin Afiq Bin Tamin (05DIP14F2018)

Pohon Kurma

Pohon Kurma

Kurma telah menjadi makanan harian penduduk Timur Tengah selama beribu-ribu tahun. Pohon ini dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak zaman silam dari zaman Mesopotamia ke zaman Mesir prasejarah (seawal 4000 SM). Terdapat bukti arkeologi tentang penanaman kurma di Arabia timur pada tahun 6000 SM.

Dalam Islam, terdapat satu hadis yang mengisahkan kerinduan pohon kurma iaitu:-

Hadis daripada Anas bin Malik RA:

"Sesungguhnya Nabi SAW berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di Masjid Nabi. Nabi SAW berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata:

"Adakah kamu hendak aku buatkan mimbar yang boleh kamu duduk di situ dan ianya seumpama kamu berdiri?"

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditinggakt yang ketiga.

Apabila Nabi SAW duduk di atas mimbar, pokok itu menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini bersedih kerana Rasulullah SAW meninggalkannya. Lalu Rasulullah SAW turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi SAW. Kemudian Nabi SAW bersabda:

"Demi Tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah SAW."

Hadis Riwayat Bukhari

Pohon Gharqad @ Pokok Yahudi

Pohon Gharqad @ Pokok Yahudi

Gharqad merupakan satu genis pokok tang mengandungi kira-kira 90 spesis yang tumbuh di zon beriklim sederhana dan subtropika. Selain itu poko ini juga banyak ditanam di Israel. Kegunaan utamanya ialah sebagai tumbuhan perubatan.
Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:-

"Tidaklah akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! dan bunuhlah ia!" kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)."

Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperanga ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan oang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik, mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Jenis-Jenis Flora dalam Al-Sunnah


1. Pohon Gharqad/Pohon Yahudi



2. Pohon Kurma



3. Pohon Samurah

Flora Menurut Al-Sunnah

Al-Sunnah adalah sesuatu yang merangkumi keperibadian, perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW yang memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseorang berpegang dan beramal dengan al-Sunnah, bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran.

Jadi, alam sekitar amat diperlukan oleh manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Penciptaan alam sekitar mewujudkan keseimbangan sistem ekologi. Air, udara, tanah, haiwan dan tumbuh-tumbuhan merupakan antara sumber-sumber penting untuk meneruskan kehidupan.

Kelangsungan hidup manusia bergantung kepada tanaman dan pokok yang menjadi sumber makanannya. Malah, pokok dan tumbuhan banyak memberi manfaat kepada manusia antaranya berfungsi sebagai penahan banjir dan mengelakkan kejadian tanah runtuh. Justeru, saranan untuk memperbanyakkan penanaman pokok sebagai kempen menghijaukan bumi amat tepat untuk memberi kesedaran kepada manusia. Saranan untuk menanam pokoktelah lama dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-

"Sesiapa daripada orang Muslim yang menanam tanam-tanaman dan hasilnya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah."

Hadis Riwayat Imam Bukhari







Keindahan Alam Ciptaan Allah SWT

Thursday, 30 July 2015

Kurma

Kurma atau nama saintifiknya phonex dactylifera adalah sejenis tumbuhan palma yang berbuah. Buah Kurma boleh di makan dalam keadaan masak dan juga mentah. Kurma merupakan buah yang istimewa dalam Islam dan telah dipercayai Allah SWT menjadikan kurma dalam lebihan tanah ciptaan nabi Adam. Buahnya tidak berbau menyebabkan tiada haiwan yang cuba makan atau merosakkannya. Kurma adalah makanan yang paling ideal untuk tubuh manusia kerana ia adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah SWT) bagi kamu yang memikirkannya."

an-Nahl: 11

Keistimewaan buah kurma adalah dapat memulihkan tenaga. Ini dinyatakan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."

Maryam: 25-26


Buah Kurma

Wednesday, 29 July 2015

Angur


Anggur disebut di dalam Al-Quran sebanyak 11 kali. Antaranya adalah:-

Firman Allah SWT:-

"Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir dibawahnya sungai-sungai? Di dalam kebun itu dia mempunyai segala jenis buah-buahan, kemudian datanglah masa tuanya, dan dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin kecang yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikian Allah nenerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu memikirkannya."

Al-Baqarah (2:266)


"Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pacarkan padanya beberapa mata air."

Yassin (36:34)


"Lalu di sana Kami tumbuhkan biji-bijian. Dan anggur dan sayur-sayuran."

Al-Abasa (80:28)

Tuesday, 28 July 2015

Senarai Nama Flora dalam Al-Quran

Dalam Islam mengambil berat akan pemakanan penganutnya kerana amalan pemakanan yang sihat berkaitan rapat dengan kesihatan, kecerdasan dan keimanan seseorang.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Hai manusia! Makanlah sebahagian daripada makanan yang ada di bumi ini yang halal dan baik."


1. Anggur 


 2. Bawang Merah




3. Bawang Putih





4. Kurma





5. Pohon Pisang





6. Delima





7. Pohon Cemara





8. Halia






9. Kacang Dal





10. Kafur





11. Kasturi






12. Biji Sawi





13. Pohon Khuldi






14. Gandum






15. Labu






16. Zaitun






17. Pohon Bidara






18. Mawar






19. Rumput






20. Timun






21. Zaqqum

Flora Dalam Al-Quran

Flora seringkali di sebut di dalam Al-Quran dengan menggunakan perkataan secara umum seperti: buah-buahan, tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Bagaimanapun, terdapat beberapa keta nama am yang digunakan seperti kurma,zaitun dan sebagainya.

Dalam al-Quran Allah SWT menjelaskan dalam surah Al-An'am ayat 95 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah SWT. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?"

Tumbuh-tumbuhan di dalam al-Quran adalah kekuasaan Allah SWT supaya manusia:

a) Mengenali tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
b) Sentiasa mengingati-Nya.
c) Sentiasa mensyukuri nikmat atas pemberian-Nya.
d) Gambaran perumpamaan atau persamaan dengan manusia.
e) Menjadikan pengajaran.

Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah:Sebagai bahan makanan.
  • Sebagai hasil pendapatan manusia.
  • Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir.
  • Menyejukkan muka bumi dari kehangatan matahari.
  • Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya.
  • Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.
  • Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba.
  • Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyinkirkan gas karbon dioksida daripada atmosfera.



Keindahan Bumi yang diberikan oleh Allah SWT



Pendahuluan

Assalamualaikum WBT.

Bismillahirahmanirrahim...

Bumi yang tersegam indah. Hal ini kerana, alam ini dicipta oleh Allah SWT untuk menetapkan semua makhluk hidup di muka bumi. manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan adalah makhluk hidup dicipta oleh Allah SWT supaya meraka patuh dan tunduk atas suruhan-Nya.

Firman Allah SWT:
"Telah jelas kerosakkan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Al-Rum : 41

Keindahan Alam Yang Dicipta oleh Allah SWT