Selamat Datang

Selamat Datang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saturday, 1 August 2015

Pohon Kurma

Pohon Kurma

Kurma telah menjadi makanan harian penduduk Timur Tengah selama beribu-ribu tahun. Pohon ini dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak zaman silam dari zaman Mesopotamia ke zaman Mesir prasejarah (seawal 4000 SM). Terdapat bukti arkeologi tentang penanaman kurma di Arabia timur pada tahun 6000 SM.

Dalam Islam, terdapat satu hadis yang mengisahkan kerinduan pohon kurma iaitu:-

Hadis daripada Anas bin Malik RA:

"Sesungguhnya Nabi SAW berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di Masjid Nabi. Nabi SAW berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata:

"Adakah kamu hendak aku buatkan mimbar yang boleh kamu duduk di situ dan ianya seumpama kamu berdiri?"

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditinggakt yang ketiga.

Apabila Nabi SAW duduk di atas mimbar, pokok itu menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini bersedih kerana Rasulullah SAW meninggalkannya. Lalu Rasulullah SAW turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi SAW. Kemudian Nabi SAW bersabda:

"Demi Tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah SAW."

Hadis Riwayat Bukhari

No comments:

Post a Comment