Pemerhatian terhadap kebangkitan tamadun Islam pada masa lalu tidak menafikan pembangunan dalam bidang pendidikan sebagai asas terpenting kekuatan sesuatu tamadun. Hal ini kerana, al-Quran dan Sunnah haruslah dijadikan panduan dalam mendasari pendidikan masyarakat kerana pendidikan dalam Islam mempunyai kaitan dengan aspek jasmani dan rohani serta merupakan suatu bentuk kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Oleh hal yang demikian, pembinaan terhadap kedua-duanya haruslah seimbang supaya dapat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam seperti mana yang telah ditunjukkan pada zaman awal Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad SAW) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur"
Surah an-Nisa: ayat 163
Disediakan oleh:
1) Mohamad Afifi Bin Abdul Aziz (05DIP14F2998)
2) Aminuddin Afiq Bin Tamin (05DIP14F2018)







